Minta Maaf Kalian. Saya missed upload Fourth Kiss. Tapi nanti saya akan uploadkan semula. Untuk Fourth Kiss, kalian boleh baca di
http://www.penulisan2u.my/2010/10/novel-berani-kiss-3/
Berani Kiss?
Bab 5
Boy tersenyum mengingat kisah tadi. Pemandangan langit di luar tingkap biliknya direnung dengan rasa puas. Bukan main terkejut lagi Giana apabila dia mendapat tahu tentang pekerjaannya itu. Malah riak muka itu bertambah terkejut apabila dia mendapat tahu siapa boss barunya.
“Aw-awak?” Ayat pertama yang muncul dari mulut mungkil Giana. Matanya terbeliak besar. Masih lagi bertukar pandangan dari papan nama itu ke muka Boy.
“Kenapa?” Soal Boy dengan nada serius. Dia cuba menahan gelak. Matanya mengambil kesempatan memerhati riak wajah Giana.
“Um..takde lah. Saya tak berapa faham dengan kerja saya ni. Penjagaan luaran dalaman tu kan jaga imej artis? Tapi kenapa pulak awak?” Giana mengeluarkan persoalan yang dari semalam dia cuba cari jawapannya.
“Wait wait.. Siapa pulak yang pandai-pandai bagi briefing dekat awak pasal kerja ni? Saya rasa saya tak lantik siapa-siapa selain saya sendiri, untuk bagi penerangan dekat awak.” Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Giana hanya mendiamkan diri. Memang betul kata lelaki itu. Dia yang pandai-pandai mentakhtakan sendiri pangkat dan kerjanya.
“Penjagaan luaran dan dalaman tu jaga kesihatan, kebersihan and kesucian luaran dan dalaman saya.” Bisik Boy ke telinga Giana. Dia sudah berdiri betul-betul bersebelahan Giana.
Muka Giana merah padam apabila suara itu dirasanya benar-benar hampir dengan dirinya. Penerangan Tuan Muda itu masih tidak jelas. Namun dia dapat merasakan satu muslihat yang aneh. Seperti dirinya dipermain.
“Tak. Saya tak faham. Apa tu?” Soal Giana jujur. Dia cuba menjarakkan dirinya dengan boss barunya itu.
“It’s okay if you don’t understand now. Soon you’ll know. Lagipun, lama lagi awak akan bekerja untuk saya.” Jawab Boy yang sudah kembali ke mejanya. Dia menghadiahkan kenyitan mata untuk gadis di depannya itu.
Boy tersenyum nakal apabila memori tadi menjenguk masuk fikirannya. Setiap wajah dan pergerakan Giana jelas terpampam di skrin memorinya. Mata Giana yang membulat apabila dia memberitahu siapa dirinya, mulutnya yang bukan main lancang mengeluarkan pertanyaan, pipinya yang berubah merah jambu apabila dia menghampirinya, semua menjadi santapan memori Boy untuk dia tersenyum puas. Sebenarnya dia sengaja buat-buat tidak mahu ambil tahu nama Giana, padahal dalam hatinya sudah menyambut nama itu.
Boy yakin dia mampu melembutkan hati gadis itu. Kerana sebelum ini pun dia tidak pernah kalah dengan title-nya sebagai playboy itu. Dengan rupanya yang berkacukkan darah Melayu, Cina dan Thailand, dia tidak pernah mensia-siakan anugerah itu. Pasti ada sahaja mata yang terpaut dengan renungan matanya. Dan setiap hari, ada sahaja nama baru yang muncul di skrin telefonnya. Ada sahaja watak baru yang datang bertandang ke rumahnya setiap malam, menemani tidurnya.
Biarpun dia telah menerima padahnya dengan rasa tapak tangan Giana, dia tetap tekad untuk mencuba permainan ini. Dia yakin permainan ini dicipta untuk menguji kehebatannya sebagai lelaki yang mampu meruntuhkan hati setiap gadis.
“Ni kopi,” Sampuk Giana menghentikan lamunan Boy. Cawan yang lengkap berpiring diletakkan kasar di atas mejanya.
“Hold on. Awak nak pergi mana?” Halang Boy sebelum Giana melangkah keluar biliknya.
“Tolong kemas dekat bawah.” Jawab Giana selamba sambil menunding jari ke luar.
“Apa? Remember, you are not orang gaji untuk rumah ni. Awak, orang gaji untuk saya je!” Perintah Boy jelas. Dia mendekati Giana yang sudah terjerkah sedikit kebelakang. Giana seperti terkejut dengan ketegasan dirinya.
“Awak kerja dekat sini untuk saya sorang je, okay?” Tanya Boy yang lebih kepada penegasan. Namun suaranya kali ini lebih lembut berbanding tadi. Badannya membongkok memandang tepat muka Giana yang akuh di posisinya. “Kerja awak dekat dalam bilik ni. Jaga keperluan saya. Sebab saya busy dengan schedule, so saya memang memerlukan penjaga yang boleh jaga everything inside and out of my underpants. Boleh Giana?”
Baru sahaja Giana hendak buka mulut menentang kata-kata Boy yang dirasa keterlaluan itu, bibirnya dicuit jari lelaki itu.
“No. When I ask, no way you can say no. Awak dah jadi saya punya since your father agree nak awak bertanggungjawab, remember? By the way, I will not order too much from a girl like you. Lagipun apa je lah yang budak macam awak ni tahu, kan?” Boy mengakhiri kata-katanya itu dengan senyuman yang kononnya ikhlas.
Giana hanya mampu mengetap bibir. Geram diperlakukan begitu. Rasa menyesal dan marah saling bercampur. Dia memandang Boy dengan rasa meluat. Bencinya kelmarin makin bertambah, sehingga senyuman yang tiada cacatnya itu pun dilihatnya dengan rasa geram.**sorry sebab bab kali ni pendek jugak. -__-
2 comments:
bile nk smbung berani kiss 5.. x saba nk tunggu smbungannye...
insyaAllah soon. :)
Post a Comment