Thursday, November 18, 2010

Berani Kiss? (First Kiss)

Berani Kiss?

 
Bab 1




“Huarghh,” Giana membuka mulut mungkilnya luas. Sinar matahari yang setiap pagi mengejutnya dari lena, hari ini kelihatan lebih garang. Mungkin marah pada dirinya yang liat hendak bangun. Gerutu hatinya. Giana mengeliat malas. Baju singlet putih yang dipakainya sedikit mendedahkan perutnya yang bersih.
            Dia memandang ke luar tingkap bilik tidur. Memang kebiasaannya, perkara pertama yang dilakukan setiap terbangun dari tidur—menikmati pemandangan paling indah dari tempat tidurnya. Dia tersenyum segar melihat langit yang cerah kebiruan menerusi tingkap biliknya. Tenang.
            Prett. Tepat tepat ketika dia menarik nafas menghidu udara pagi, pemandangan paling indah dari apartment kos rendah keluarga wakil insurans itu punah dari pandangannya. Giana mendengus perlahan apabila seekor burung mencemarkan pemandangannya dengan membuang air besar di atas bingkai tingkap.
            Huhh..terima kasih, abang burung. Kerana ‘berkerja keras’ untuk memberi petanda buat aku, yang hari ini adalah satu lagi hari malang dalam hidup aku. Giana memutus untuk mengabaikan najis pada tingkapnya dan terus mencapai tuala yang tersidai di atas bahu kerusi kayu warisan bapanya. Satu-satunya harta keluarga yang benar-benar menjadi milik Giana.
            Giana melihat refleksi dirinya dari cermin lapuk 15inci. Dia menarik nafas panjang. Dengan harapan hari ini akan memberi tuah kepadanya. Kemudian perlahan-lahan membuka matanya, seolah-olah apabila matanya dibuka akan muncul satu keajaiban. Baju kurung sekolah yang dipakainya menyerlahkan lagi bentuk tubuhnya yang lengkap pakej itu. Tanpa perlindungan bedak asas, tanpa merah gincu, gadis ini tetap tampil cantik dengan hanya mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Dia mengukir senyuman manis, bersedia untuk menuju sekolah.
            Namun senyumannya pudar apabila bunyi bising dari dapur menerpa pendengarannya yang tadi memfokuskan kepada ketenangan cuaca pagi. Giana segera mencapai beg belakangnya.
            “Abang tak habis habis bawak malang dekat keluarga kita kan? Tak cukup susah lagi ke hidup kita selama ni, bang?” Pertelingkahan yang sama, rungutan yang sama, adegan yang sama. Perempuan berusia awal 40-an itu mencekak pinggang sambil sebelah tangannya menggenggam sudip. Mulutnya lancing membebel. Lelaki tua yang dari tadi menjadi pendengar tanpa suara hanya mencebik bibir. Berpura-pura mendengar bebelan isterinya.
            Giana segera mencapai roti sekeping dan terus menerpa ibunya. Dia membongkokkan sedikit badannya dan segera menampalkan sebuah ciuman di pipi kanan perempuan tua itu.
            “Giana~” Huhh, hajat untuk melarikan diri Giana terbantut apabila Encik Zul, bapanya, mendendangkan baris pertama permintaan pertolongan daripada anak sulungnya itu. Dia mengeluh perlahan seakan sudah tahu agendanya.
            “Pagi tadi ayah terbuat satu insiden kecik,”
            “Kecik apa ke bendanya macam tu. Macam mana kita nak makan untuk setahun ni.” Selit Puan Hamidah laju. Kedut pada mukanya jelas menggambarkan keperitan hidup selama 45 tahun.
            “Okay. Macam ni ceritanya, pagi tadi masa ayah nak pergi jumpa pelanggan. Pergh, gaya dia bercakap dalam telefon macam nak bukak insuran juta-juta, tapi bila ayah kempen hmm,”
            “Abang! Giana tu tak kebulur nak dengar cerita abang. Cepat cerita hal sebenar!” Tegur ibunya sekali lagi. Memang bising begini bila mereka berdua digaulkan sekali. Si ayah, kuat bercerita. Si ibu, tukang menyindir. Giana hanya tercegat di tengah-tengah keduanya.
            “Yelah yelah! Pendekkan cerita, ayah nak awak kerja dekat rumah agam tepi jalan tu.”





* * *



Yea. Aku tau. Dengar macam seronok je kan dapat kerja dengan pengurus produksi recording label terkenal negara? Yelah. Dapat jumpa macam-macam artis, dapat arah baju apa nak dipakai artis ni, apa jadual artis tu, silap hari bulan boleh jadi artis.
            Tapi tak seseronok filem melayu. Giana mengeluh perlahan. Dia meletak beg pakaiannya di hadapan pintu gerbang rumah besar itu. Sambil menunggu reaksi daripada tuan rumah, Giana membayangkan nasibnya di rumah ini kelak.
            Gara-gara kecuaian ayahnya, Giana terpaksa menamatkan persekolahannya hari itu jugak. Dia masih tidak percaya kedua orang tuanya tergamak ‘menjual’ masa depannya, hanya untuk membayar hutang.
            Kalau bukan kerana kereta Saga buruk ayahnya yang terlanggar Nissan Fairlady Z Tan Sri ni, takde lah hidup Giana merana macam ni. And sekarang hanya kerana nak bayar balik ganti rugi enam angka tu, Giana terpaksa bekerja di rumah ini.
            Tiba-tiba pintu utama rumah itu dibuka kasar, menghentikan lamunan Giana dan bakal mencium deritanya. Giana memejam rapat matanya untuk mengambil peluang menarik nafas panjang.
            Chupp. Terasa satu sentuhan janggal menempel di bibirnya. Sepantas kilat Giana membuka matanya. Makin terbeliak lagi dua mata hitam galak itu, apabila dia mendapati sentuhan tidak lazim itu ternyata mengejutkan.
            Bibir pemuda berambut pacak di hadapannya melekat di bibir Giana. Dengan pantas, Giana menolak kasar badan pemuda yang tidak dikenalinya itu.
            “You are qualified.” Kata pemuda itu slumber. 




Haha.. Akhirnya dapat jugak aku meng-upload Berani Kiss? versi blog(apa aku tulis ni). :D
I just found my softcopy.
;) 

2 comments:

4umyfans said...

haha... nakal betul mamat tu.

ain wahida said...

haha.. yeah
dasar playboy! *tiba tiba >,<