Thursday, November 18, 2010

Berani Kiss? (Third Kiss)

Berani Kiss?



Bab 3



Singkatnya! Gerutu hati Giana. Dia mengkaji imej yang terpapar di cermin besar itu. Dress putih-biru itu mendedahkan sedikit paha gebunya. Benar-benar ‘muat’ dengan susuk tubuhnya yang lengkap pakej itu.
            Giana melurutkan ikatan rambutnya. Dan kemudian menyikat rambut lurus melepasi bahu itu. Dikemaskan semula ikatan yang tadi ditanggalnya. Bersedia untuk melakukan tugas!
            “Cik Giana?” Gadis itu tersentak mendengar sapaan dari suara yang tidak dikenali itu. Dia segera berpaling, dan mendapati seorang perempuan pertengahan 50-an, berpakaian sama sepertinya.
            “Ye?” Jawab Giana dengan senyuman tanda salam pengenalan.
            “Tuan Muda nak jumpa Cik,” Beritahu perempuan itu dengan nada yang lembut dan bagi Giana, sedikit kehambaan.
            “Okay! Dekat mana, mak cik?” Balas Giana bersemangat. Rambut ekor kudanya turut serta bergoyang.
            “Dalam bilik tuan.”



* * *



DALAM BILIK TUAN?
            Giana mengetuk pintu bilik di tingkat kedua rumah agam itu perlahan.
            “Masuk!” Arah satu suara dari dalam.
            Giana mengeluh kecil sambil memulas tombol pintu. Berkebil-kebil mata Giana apabila sangkaannya mengenai ‘bilik’ itu benar.
            Bilik tidur! Bilik tidur Tuan Muda! Benar sangkaan lucunya awal tadi. Dari awal tadi, dia cuba menolak sangkaan lucunya bahawa ‘bilik’ yang dimaksudkan mak cik tadi adalah bilik tidur. Dia memujuk hatinya, yang bilik itu merujuk kepada bilik mesyuarat, atau, bilik apa-apa sahaja yang lebih sopan.
            Giana mengerling ke segenap ruang bilik itu. Memerhati keluasan bilik mewah itu.
            “Awak, boleh mulakan kerja pagi esok.” Arahan suara itu mengembalikan fokus Giana kepada lelaki yang sedang duduk di meja tunggal itu. Lelaki tadi? Ahhaa.. Lelaki yang menciumnya tadi!
            Tuan muda? Apa? Dialah Tuan  Muda yang mak cik tu cakap? Dan aku dah kasi dia hadiah, sebelum aku mula kerja.
            Mengingatkan insiden tampar tadi, darah Giana serta-merta naik ke muka. Pipinya merah, menahan malu akibat perbuatannya tadi. Dia hanya tunduk memandang lantai.
            “Kenapa? Tak sedia lagi nak kerja?” Giana segera mendongak kepalanya untuk memandang arah suara yang dirasanya amat dekat itu.
            Badan Giana terjerkah kebelakang apabila dia mendapati wajah lelaki itu benar-benar hampir dengan wajahnya. Tuan Muda itu membongkokkan badannya, memandang wajah Giana tepat. Namun kedua-dua belah tangannya disembunyi di dalam poket seluar.
            Giana segera membetulkan posisi mereka. Dia mengambil dua langkah kecil ke belakang.
            “Tak! Dah lama sedia!” Dia mengejas badannya agar berdiri tegak. Dan mukanya menggambarkan dia serius mengenai kerja barunya itu.
            “Oh.okay.” Dua patah jawapan lelaki itu. Sedikit terkejut dengan kegigihan Giana dengan ‘kerja’ yang bakal diberinya itu.
            “Jadi?”
            “Jadi?” Tanya Tuan Muda itu semula.
            “Penjagaan luaran dan dalaman, saya dijadualkan nak jaga siapa?” Tanya Giana dengan yakin.
            Pemuda itu tidak dapat menahan rasa geli hati. Dia melepaskan ketawa besar. Kelakar dengan gelagat dan semangat Giana. Padanlah perempuan ni bersemangat sangat. Kerja Penjagaan Luaran dan Dalaman rupanya. Geletek hatinya.
            Giana hanya menahan sabar dengan reaksi majikannya itu. Dia cuba menguntumkan senyuman.
            “Dah habis?” Sapa Giana selepas gelakan dari tuannya itu reda.
            “Dah. Dah,” Balas tuannya itu. Masih ada sisa baki ketawa.
            “Kalau dah habis, boleh saya dapatkan jadual kerja saya?” Tegas Giana.
            “Okay okay. Pagi esok, start Penjagaan Luaran dan Dalaman awak.” Arahnya cuba bersuara serius, tetapi nyata dia masih kurang berjaya. Giana yang di hadapannya, jelas sedang menanti kata putus dari majikannnya. “Awak bertugas untuk Adam Jafri.”

2 comments:

4umyfans said...

ada iras-iras drama bersiri korea.

ain wahida said...

ehee.. *hoping
but more credit kalau kita ada identiti sendiri, kan? (: