Monday, November 29, 2010

dolu dolu

ahaa~ kelakar betul bila tengok gambar yang di tag pok chick
semua gambar yang dah lama sangat. gambar yang aku tak pernah tengok pun, sebelum ni.
(ada satu ni, pernah tengok)
yang best nya, muka makcik makcik makcik dengan pakcik dengan papa aku semua lain gila.
HAHA.. lawak jee. 

Tengok ni. :D

papa yang tongkat dagu tu! haha
A powerful lady that carry 8 wonderful humans. :))


Cannot stop the curiosity of our look decades from now. Hope I'll reach that day. :)

Sunday, November 28, 2010

Senior..

We were opened up to a unregular topic yesterday.
It was, Which You Prefer Most.
I vote for, Junior. I love being junior. It's just you can get spotted in the light more than kids in higher grade. And when you were junior, everything seem joyful and innocent right? You can run around, laughing till your head off, sitting next to boy and you don't even feel a thing, pull up hands to ask teacher questions. And plus, we'll look more cute right? tehee~ :D

But he actually vote for the other side.
He said, being a senior you can do whatever you want to. And you will be respect more bla bla bla. Okay, maybe it's for you. This wasn't happening to me. My senior year wasn't little or much like that. -,-


My argument: I think, the definition of senior is..bully gang-popular-thing. But I don' get any of that. I mean, i don't do any of that.
His refutation: Haha.. No. There never be a definition like that. Who did the bully.
My turn: Fine. Brush-off the bully-point. I mean, i want me as a senior to feel like kids respecting me. Popular, you know. Like, some others younger girls admiring me, wishing themselves to be me, -thing. I really want to. >,<
His persuasion: Haha.. nonsense. You know, i kinda respect this one senior of mine. His style and things. But i never told him. The thing is, people would never tell people that he fond them. It just look silly, they come to you and said, I admiring you.
Point taken!
but was I be like the one he pictured to anybody? 

 

Wednesday, November 24, 2010

Routine

haish..sekarang ni hidup saya kembali seperti sejarah. 
Bangun pagi, gosok gigi~ (if you call 2p.m. tu pagi),
Sarapan (if you call nasi lemak is for sarapan),
Then pergi kerja. Huh.. what a bosan routine kan?
Aku tahu..
Lepas balik tu pulak, just bersiap untuk tidur dan kemudian, habiskan satu movie mengenai rumah tangga, according ti njang(wth).
ONCE AGAIN: what a bosan routine kan? 
Aku tahu. :(
cry me a river. :(
i dont even have time to go to saloon, check FB's notification, helping my mum sidai kain(now, this is more fake than true), finish my novel and i have no time to update YOUU, my blog! :'(

BTW hey, 'Berani Kiss?' sudah diupdate dalam laman sesawang penulisan2u.my. Thanks for reading. :))
BERANI KISS? 4 
(actually it's the fifth kiss. but since i combine 1st and 2nd togather,, )

Saturday, November 20, 2010

kerja hiyahhhh~

kena kerja lagi. memang nasib badan. hmm. tapi nasib baik takde apa apa halangan iman(macam sebelum ni), hari ni aku berjaya memakai semula uniform kerjaku.


"V-power penuh, boss? :)"
"Oh hee.. Ada Bonuslink? :)"
"Terima Kasih, Datang lagi!" :D

Dialog wajib. ill-omened! kalau tak cakap, kena potong markah. and then cukup dah peti negative, kena dengar ceramah yang berhormat. huh huhh.. -__-

Haha.. and here gambar nya! :D  tiba-tiba je. saya pun tak tau kenapa saya nak upload gambar ni. mungkin saya nak orang tengok muka saya kot. since takde lagi gambar saya sorang dalam blog ni. or better still, saya nak menghargai gambar yang saya dah tangkap ni(bukan saya yang tangkap, tapi saya yang posing) >.<



Berani Kiss? (Fifth Kiss)

Minta Maaf Kalian. Saya missed upload Fourth Kiss. Tapi nanti saya akan uploadkan semula. Untuk Fourth Kiss, kalian boleh baca di 
http://www.penulisan2u.my/2010/10/novel-berani-kiss-3/



Berani Kiss?


Bab 5


Boy tersenyum mengingat kisah tadi. Pemandangan langit di luar tingkap biliknya direnung dengan rasa puas. Bukan main terkejut lagi Giana apabila dia mendapat tahu tentang pekerjaannya itu. Malah riak muka itu bertambah terkejut apabila dia mendapat tahu siapa boss barunya.
                “Aw-awak?” Ayat pertama yang muncul dari mulut mungkil Giana. Matanya terbeliak besar. Masih lagi bertukar pandangan dari papan nama itu ke muka Boy.
                “Kenapa?” Soal Boy dengan nada serius. Dia cuba menahan gelak. Matanya mengambil kesempatan memerhati riak wajah Giana.
                “Um..takde lah. Saya tak berapa faham dengan kerja saya ni. Penjagaan luaran dalaman tu kan jaga imej artis? Tapi kenapa pulak awak?” Giana mengeluarkan persoalan yang dari semalam dia cuba cari jawapannya.
                “Wait wait.. Siapa pulak yang pandai-pandai bagi briefing dekat awak pasal kerja ni? Saya rasa saya tak lantik siapa-siapa selain saya sendiri, untuk bagi penerangan dekat awak.” Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
                Giana hanya mendiamkan diri. Memang betul kata lelaki itu. Dia yang pandai-pandai mentakhtakan sendiri pangkat dan kerjanya.
                “Penjagaan luaran dan dalaman tu jaga kesihatan, kebersihan and kesucian luaran dan dalaman saya.” Bisik Boy ke telinga Giana. Dia sudah berdiri betul-betul bersebelahan Giana.
                Muka Giana merah padam apabila suara itu dirasanya benar-benar hampir dengan dirinya. Penerangan Tuan Muda itu masih tidak jelas. Namun dia dapat merasakan satu muslihat yang aneh. Seperti dirinya dipermain.
                “Tak. Saya tak faham. Apa tu?” Soal Giana jujur. Dia cuba menjarakkan dirinya dengan boss barunya itu.
                “It’s okay if you don’t understand now. Soon you’ll know. Lagipun, lama lagi awak akan bekerja untuk saya.” Jawab Boy yang sudah kembali ke mejanya. Dia menghadiahkan kenyitan mata untuk gadis di depannya itu.
                Boy tersenyum nakal apabila memori tadi menjenguk masuk fikirannya. Setiap wajah dan pergerakan Giana jelas terpampam di skrin memorinya. Mata Giana yang membulat apabila dia memberitahu siapa dirinya, mulutnya yang bukan main lancang mengeluarkan pertanyaan, pipinya yang berubah merah jambu apabila dia menghampirinya, semua menjadi santapan memori Boy untuk dia tersenyum puas. Sebenarnya dia sengaja buat-buat tidak mahu ambil tahu nama Giana, padahal dalam hatinya sudah menyambut nama itu.
                Boy yakin dia mampu melembutkan hati gadis itu. Kerana sebelum ini pun dia tidak pernah kalah dengan title-nya sebagai playboy itu. Dengan rupanya yang berkacukkan darah Melayu, Cina dan Thailand, dia tidak pernah mensia-siakan anugerah itu. Pasti ada sahaja mata yang terpaut dengan renungan matanya. Dan setiap hari, ada sahaja nama baru yang muncul di skrin telefonnya. Ada sahaja watak baru yang datang bertandang ke rumahnya setiap malam, menemani tidurnya.
                Biarpun dia telah menerima padahnya dengan rasa tapak tangan Giana, dia tetap tekad untuk mencuba permainan ini. Dia yakin permainan ini dicipta untuk menguji kehebatannya sebagai lelaki yang mampu meruntuhkan hati setiap gadis.
                “Ni kopi,” Sampuk Giana menghentikan lamunan Boy.  Cawan yang lengkap berpiring diletakkan kasar di atas mejanya.
                “Hold on. Awak nak pergi mana?” Halang Boy sebelum Giana melangkah keluar biliknya.
                “Tolong kemas dekat bawah.” Jawab Giana selamba sambil menunding jari ke luar.
                “Apa? Remember, you are not orang gaji untuk rumah ni. Awak, orang gaji untuk saya je!” Perintah Boy jelas. Dia mendekati Giana yang sudah terjerkah sedikit kebelakang. Giana seperti terkejut dengan ketegasan dirinya.
                “Awak kerja dekat sini untuk saya sorang je, okay?” Tanya Boy yang lebih kepada penegasan. Namun suaranya kali ini lebih lembut berbanding tadi. Badannya membongkok memandang tepat muka Giana yang akuh di posisinya. “Kerja awak dekat dalam bilik ni. Jaga keperluan saya. Sebab saya busy dengan schedule, so saya memang memerlukan penjaga yang boleh jaga everything inside and out of my underpants. Boleh Giana?”
                Baru sahaja Giana hendak buka mulut menentang kata-kata Boy yang dirasa keterlaluan itu, bibirnya dicuit jari lelaki itu.
                “No. When I ask, no way you can say no. Awak dah jadi saya punya since your father agree nak awak bertanggungjawab, remember? By the way, I will not order too much from a girl like you. Lagipun apa je lah yang budak macam awak ni tahu, kan?” Boy mengakhiri kata-katanya itu dengan senyuman yang kononnya ikhlas.
                Giana hanya mampu mengetap bibir. Geram diperlakukan begitu. Rasa menyesal dan marah saling bercampur. Dia memandang Boy dengan rasa meluat. Bencinya kelmarin makin bertambah, sehingga senyuman yang tiada cacatnya itu pun dilihatnya dengan rasa geram.



**sorry sebab bab kali ni pendek jugak. -__-

Friday, November 19, 2010

spongebob tut tutt.. XD

HAHA.. karut jee? 
*maluuu~


video
p/s: The resolution for this video is for picture message. 




I love you so much, the-guy-with-red-cap!


Btw, i'm Proud i made something for him. Hee~ ;)

Tehee~ Comel kan kan? SUKAA! :D
Eh chup, jangan salah faham.
Bukan saya ni kejam sangat buat kaki dia ini macam, he's the one yang nakal.
Btw, i love myself!for paksa dia look cute. HAHA.. really,he looks cute.

Thursday, November 18, 2010

Berani Kiss? (Third Kiss)

Berani Kiss?



Bab 3



Singkatnya! Gerutu hati Giana. Dia mengkaji imej yang terpapar di cermin besar itu. Dress putih-biru itu mendedahkan sedikit paha gebunya. Benar-benar ‘muat’ dengan susuk tubuhnya yang lengkap pakej itu.
            Giana melurutkan ikatan rambutnya. Dan kemudian menyikat rambut lurus melepasi bahu itu. Dikemaskan semula ikatan yang tadi ditanggalnya. Bersedia untuk melakukan tugas!
            “Cik Giana?” Gadis itu tersentak mendengar sapaan dari suara yang tidak dikenali itu. Dia segera berpaling, dan mendapati seorang perempuan pertengahan 50-an, berpakaian sama sepertinya.
            “Ye?” Jawab Giana dengan senyuman tanda salam pengenalan.
            “Tuan Muda nak jumpa Cik,” Beritahu perempuan itu dengan nada yang lembut dan bagi Giana, sedikit kehambaan.
            “Okay! Dekat mana, mak cik?” Balas Giana bersemangat. Rambut ekor kudanya turut serta bergoyang.
            “Dalam bilik tuan.”



* * *



DALAM BILIK TUAN?
            Giana mengetuk pintu bilik di tingkat kedua rumah agam itu perlahan.
            “Masuk!” Arah satu suara dari dalam.
            Giana mengeluh kecil sambil memulas tombol pintu. Berkebil-kebil mata Giana apabila sangkaannya mengenai ‘bilik’ itu benar.
            Bilik tidur! Bilik tidur Tuan Muda! Benar sangkaan lucunya awal tadi. Dari awal tadi, dia cuba menolak sangkaan lucunya bahawa ‘bilik’ yang dimaksudkan mak cik tadi adalah bilik tidur. Dia memujuk hatinya, yang bilik itu merujuk kepada bilik mesyuarat, atau, bilik apa-apa sahaja yang lebih sopan.
            Giana mengerling ke segenap ruang bilik itu. Memerhati keluasan bilik mewah itu.
            “Awak, boleh mulakan kerja pagi esok.” Arahan suara itu mengembalikan fokus Giana kepada lelaki yang sedang duduk di meja tunggal itu. Lelaki tadi? Ahhaa.. Lelaki yang menciumnya tadi!
            Tuan muda? Apa? Dialah Tuan  Muda yang mak cik tu cakap? Dan aku dah kasi dia hadiah, sebelum aku mula kerja.
            Mengingatkan insiden tampar tadi, darah Giana serta-merta naik ke muka. Pipinya merah, menahan malu akibat perbuatannya tadi. Dia hanya tunduk memandang lantai.
            “Kenapa? Tak sedia lagi nak kerja?” Giana segera mendongak kepalanya untuk memandang arah suara yang dirasanya amat dekat itu.
            Badan Giana terjerkah kebelakang apabila dia mendapati wajah lelaki itu benar-benar hampir dengan wajahnya. Tuan Muda itu membongkokkan badannya, memandang wajah Giana tepat. Namun kedua-dua belah tangannya disembunyi di dalam poket seluar.
            Giana segera membetulkan posisi mereka. Dia mengambil dua langkah kecil ke belakang.
            “Tak! Dah lama sedia!” Dia mengejas badannya agar berdiri tegak. Dan mukanya menggambarkan dia serius mengenai kerja barunya itu.
            “Oh.okay.” Dua patah jawapan lelaki itu. Sedikit terkejut dengan kegigihan Giana dengan ‘kerja’ yang bakal diberinya itu.
            “Jadi?”
            “Jadi?” Tanya Tuan Muda itu semula.
            “Penjagaan luaran dan dalaman, saya dijadualkan nak jaga siapa?” Tanya Giana dengan yakin.
            Pemuda itu tidak dapat menahan rasa geli hati. Dia melepaskan ketawa besar. Kelakar dengan gelagat dan semangat Giana. Padanlah perempuan ni bersemangat sangat. Kerja Penjagaan Luaran dan Dalaman rupanya. Geletek hatinya.
            Giana hanya menahan sabar dengan reaksi majikannya itu. Dia cuba menguntumkan senyuman.
            “Dah habis?” Sapa Giana selepas gelakan dari tuannya itu reda.
            “Dah. Dah,” Balas tuannya itu. Masih ada sisa baki ketawa.
            “Kalau dah habis, boleh saya dapatkan jadual kerja saya?” Tegas Giana.
            “Okay okay. Pagi esok, start Penjagaan Luaran dan Dalaman awak.” Arahnya cuba bersuara serius, tetapi nyata dia masih kurang berjaya. Giana yang di hadapannya, jelas sedang menanti kata putus dari majikannnya. “Awak bertugas untuk Adam Jafri.”

Berani Kiss? (Second Kiss)

Berani Kiss?



Bab 2
           


Giana terpana memandang pemuda di hadapannya itu. Masih tidak percaya dengan apa yang dialaminya sebentar tadi.
            Lelaki handsome berpakaian kemeja kemas putih dan seluar jeans cream itu baru sahaja MENCIUMnya.
            Dan bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengatakan tiga patah perkataan.
            You. Are. Qualified.
            Kejap kejap kejap. You are qualified?
            “Boleh jalan tak?” Mengeletar seluruh badan Giana apabila suara lelaki itu menyentuh fikirannya.
            “Apa?” Giana yang masih terpinga-pinga cuba mencari kekuatan untuk mengimbangi semula dunia realitinya.
            “Nak I dukung ke? Dari tadi tercegat dekat situ, kalau takkan masuk, I tutup semula pintu.”
            Oh right. Baru dia ingat tujuan asalnya ke sini. Giana ligat mengangkat beg pakaiannya dan segera masuk ke dalam ‘istana’ itu. Dia hanya mengekori lelaki itu dari belakang, sambil memerhati susuk tubuh sasa lelaki itu dari belakang.
            “Nah..ni baju kerja.” Lelaki itu mencampak helaian baju uniform kepada Giana. Dengan teruja, dia mengibas baju kerjanya itu.
            “Apa?” Gaun putih-biru atas lutut yang masih dipegang Giana, dikajinya teliti. Kerja apa agaknya yang berpakaian begini?
            “Kalau tak nak, boleh keluar and suruh bapak you bayar balik bidadari I.” tegas lelaki itu, seakan tahu apa yang bermain di fikiran Giana. Gadis comel berdiri di hadapannya itu mengalih pandangannya daripada baju uniform itu kepadanya.
            Bidadari? Oh yea. Kereta sial tu?
            “Um boleh saya tau, department mana saya kerja?” Suara Giana keluar tersekat-sekat. Dia masih memegang bajunya itu, sambil memandang tetap muka lelaki itu.
            “De-department?” Gelak sindir lelaki itu. “Oh yes. Department. Department penjagaan luaran dan dalaman.”
            Panjagaan luaran dan dalaman? Pekerjaan bidang apa tu? Tak pulak Giana dengar sebelum ini. Mungkin dia ditugaskan untuk menjaga penyanyi atau pelakon atau model di syarikatnya. Fikir Giana sedetik.
            Matanya yang dipenuhi persoalan kemudian secara automatik terbeliak. Setelah beberapa minit baru Giana tersedar bahawa sebentar tadi, lelaki yang melemparkan baju kepadanya ini telah mencium bibirnya!
            Seakan suatu kuasa telah menggesa gadis itu, Giana menghampiri lelaki itu. Hanya satu inci tubuh mereka bercanggah. Giana terpaksa menjengket kaki untuk menyamakan aras mukanya dengan ‘lawannya’ itu.
            Pang! Penampar singgah di pipi bersih lelaki itu.
            “Ahh..what the,?” Jeritnya kuat. Tangannnya meraba-raba pipi yang baru sahaja ditampar gadis berani itu.
            “Itu untuk cara awak menyambut tetamu,” Balas Giana spontan.





* * *



Boy mengusap pipinya perlahan. Kesan merah hasil tamparan budak baru itu masih lagi tidak berkurangan.
            Berani. Dengus hatinya.
            Tidak pernah sebelum ini, dia dilayan begini dalam hidupnya. Kalau setakat kiss, perempuan mana yang kisah? Zaman sekarang, benda macam tu dah tak diambil peduli. Hendak-hendak pulak dalam Bandar pergaulan bebas seperti ini. Kiss itu umpama salam. Fikir Boy.
            Apatah lagi dirinya yang selalu sahaja berjaya menjuarai hati wanita. Boy nyata tidak pernah tewas dalam mencuri hati kaum Hawa. Dengan berbekalkan muka mixed-blood yang innocent dan nakal, Boy mampu menakluki hati sesiapa sahaja. Selama ini dia yakin bahawa dia tidak akan gagal meruntun hati wanita. Tetapi tidak lagi, untuk detik ini.
            Namun begitu dia mendapati dirinya tersenyum, seraya mengingati insiden tadi. Memang salah dirinya jugak, tiba-tiba nak buli perempuan tu. Bisik hatinya.
            Boy bangun perlahan dari katil empuknya. Dia merenung jauh keluar tingkap. Cuba menyingkau pita tape memorinya, ketika budak baru itu datang.
            Memang, seawal langkah pertama gadis itu menjejak kaki ke dalam perkarangan rumah itu lagi, Boy sudah tertarik dengannya. Gayanya yang innocent itu telah mencuri hati lelakinya.
            Boy menarik nafas panjang. Cuba membuang segala perasaan yang bermain di dalam fikirannya. Namun semakin matanya dipejam, semakin kuat wajah mulus gadis itu mengintainya. Wajahnya yang terkejut apabila Boy mencium bibirnya. Reaksinya yang terpinga-pinga apabila Boy melepaskan ciuman itu. Dan air mukanya yang tegas dan bermaruah apabila dengan berani, dia menampar Boy.
            Akhirnya Boy membuka matanya. Ini tak boleh jadi. Perempuan macam ni mesti dikasi pengajaraan!

Berani Kiss? (First Kiss)

Berani Kiss?

 
Bab 1




“Huarghh,” Giana membuka mulut mungkilnya luas. Sinar matahari yang setiap pagi mengejutnya dari lena, hari ini kelihatan lebih garang. Mungkin marah pada dirinya yang liat hendak bangun. Gerutu hatinya. Giana mengeliat malas. Baju singlet putih yang dipakainya sedikit mendedahkan perutnya yang bersih.
            Dia memandang ke luar tingkap bilik tidur. Memang kebiasaannya, perkara pertama yang dilakukan setiap terbangun dari tidur—menikmati pemandangan paling indah dari tempat tidurnya. Dia tersenyum segar melihat langit yang cerah kebiruan menerusi tingkap biliknya. Tenang.
            Prett. Tepat tepat ketika dia menarik nafas menghidu udara pagi, pemandangan paling indah dari apartment kos rendah keluarga wakil insurans itu punah dari pandangannya. Giana mendengus perlahan apabila seekor burung mencemarkan pemandangannya dengan membuang air besar di atas bingkai tingkap.
            Huhh..terima kasih, abang burung. Kerana ‘berkerja keras’ untuk memberi petanda buat aku, yang hari ini adalah satu lagi hari malang dalam hidup aku. Giana memutus untuk mengabaikan najis pada tingkapnya dan terus mencapai tuala yang tersidai di atas bahu kerusi kayu warisan bapanya. Satu-satunya harta keluarga yang benar-benar menjadi milik Giana.
            Giana melihat refleksi dirinya dari cermin lapuk 15inci. Dia menarik nafas panjang. Dengan harapan hari ini akan memberi tuah kepadanya. Kemudian perlahan-lahan membuka matanya, seolah-olah apabila matanya dibuka akan muncul satu keajaiban. Baju kurung sekolah yang dipakainya menyerlahkan lagi bentuk tubuhnya yang lengkap pakej itu. Tanpa perlindungan bedak asas, tanpa merah gincu, gadis ini tetap tampil cantik dengan hanya mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Dia mengukir senyuman manis, bersedia untuk menuju sekolah.
            Namun senyumannya pudar apabila bunyi bising dari dapur menerpa pendengarannya yang tadi memfokuskan kepada ketenangan cuaca pagi. Giana segera mencapai beg belakangnya.
            “Abang tak habis habis bawak malang dekat keluarga kita kan? Tak cukup susah lagi ke hidup kita selama ni, bang?” Pertelingkahan yang sama, rungutan yang sama, adegan yang sama. Perempuan berusia awal 40-an itu mencekak pinggang sambil sebelah tangannya menggenggam sudip. Mulutnya lancing membebel. Lelaki tua yang dari tadi menjadi pendengar tanpa suara hanya mencebik bibir. Berpura-pura mendengar bebelan isterinya.
            Giana segera mencapai roti sekeping dan terus menerpa ibunya. Dia membongkokkan sedikit badannya dan segera menampalkan sebuah ciuman di pipi kanan perempuan tua itu.
            “Giana~” Huhh, hajat untuk melarikan diri Giana terbantut apabila Encik Zul, bapanya, mendendangkan baris pertama permintaan pertolongan daripada anak sulungnya itu. Dia mengeluh perlahan seakan sudah tahu agendanya.
            “Pagi tadi ayah terbuat satu insiden kecik,”
            “Kecik apa ke bendanya macam tu. Macam mana kita nak makan untuk setahun ni.” Selit Puan Hamidah laju. Kedut pada mukanya jelas menggambarkan keperitan hidup selama 45 tahun.
            “Okay. Macam ni ceritanya, pagi tadi masa ayah nak pergi jumpa pelanggan. Pergh, gaya dia bercakap dalam telefon macam nak bukak insuran juta-juta, tapi bila ayah kempen hmm,”
            “Abang! Giana tu tak kebulur nak dengar cerita abang. Cepat cerita hal sebenar!” Tegur ibunya sekali lagi. Memang bising begini bila mereka berdua digaulkan sekali. Si ayah, kuat bercerita. Si ibu, tukang menyindir. Giana hanya tercegat di tengah-tengah keduanya.
            “Yelah yelah! Pendekkan cerita, ayah nak awak kerja dekat rumah agam tepi jalan tu.”





* * *



Yea. Aku tau. Dengar macam seronok je kan dapat kerja dengan pengurus produksi recording label terkenal negara? Yelah. Dapat jumpa macam-macam artis, dapat arah baju apa nak dipakai artis ni, apa jadual artis tu, silap hari bulan boleh jadi artis.
            Tapi tak seseronok filem melayu. Giana mengeluh perlahan. Dia meletak beg pakaiannya di hadapan pintu gerbang rumah besar itu. Sambil menunggu reaksi daripada tuan rumah, Giana membayangkan nasibnya di rumah ini kelak.
            Gara-gara kecuaian ayahnya, Giana terpaksa menamatkan persekolahannya hari itu jugak. Dia masih tidak percaya kedua orang tuanya tergamak ‘menjual’ masa depannya, hanya untuk membayar hutang.
            Kalau bukan kerana kereta Saga buruk ayahnya yang terlanggar Nissan Fairlady Z Tan Sri ni, takde lah hidup Giana merana macam ni. And sekarang hanya kerana nak bayar balik ganti rugi enam angka tu, Giana terpaksa bekerja di rumah ini.
            Tiba-tiba pintu utama rumah itu dibuka kasar, menghentikan lamunan Giana dan bakal mencium deritanya. Giana memejam rapat matanya untuk mengambil peluang menarik nafas panjang.
            Chupp. Terasa satu sentuhan janggal menempel di bibirnya. Sepantas kilat Giana membuka matanya. Makin terbeliak lagi dua mata hitam galak itu, apabila dia mendapati sentuhan tidak lazim itu ternyata mengejutkan.
            Bibir pemuda berambut pacak di hadapannya melekat di bibir Giana. Dengan pantas, Giana menolak kasar badan pemuda yang tidak dikenalinya itu.
            “You are qualified.” Kata pemuda itu slumber. 




Haha.. Akhirnya dapat jugak aku meng-upload Berani Kiss? versi blog(apa aku tulis ni). :D
I just found my softcopy.
;) 

budu dan jerawat

Wee~ RAYAAA! :D

suppose macam ni lah kan?

but noo..not me. pagi pagi lagi dah kecoh yang amat. jerit sana jerit sini.

Kalau jerit, "Kak Ain, Selamat Hari Raya!"  "Ain, meyh ibu nak bagi duit raya!" takpe jugak.

Ni ----> "Ain bangun! bersiap cepat! kita na balik rumah tok awal ni. Tengo tok khutbah."

After 10mins, "Ain, bangun lahh.. Kosongkan bakul ni. Lepas tu tolong ibu jemur kain."

And then, i was expecting ibu akan memekit lagi. but no. She kept silent. Haip, ajaib ni. Aku pulak naik risau. Tapi oleh kerana terlalu mengantuk, aku teruskan jugak perjalanan tidurku di atas sejadah Subuh tadi.

Kemudian guess apa ibu cakap, "AIN, nanti balik sendiri lah rumah tok. Ibu dengan papa pergi dulu. Nanti pergi dengan Neqi."

WHAT

Apa meaning raya kalau tak sama sama kan? Huhh..



It's okay. Aku pun maintain cool sahaja. Biarkan mereka pergi sambil diriku bersiap(dengan kalut,kerana takut ketinggalan).



Selesai mengenakan selendang-nampak-jambul, aku terus menerpa ke meja makan. Tadi rasanya mereka menjamu selera, so officially this raya make a difference from others. (biasa kami tak makan sebelum pergi masjid di rumah). Jadi aku pun mencari cari makanan untuk mengalas perut membukit aku ni.



Alangkah leganya saya apabila berjaya men-discovery nasi kerabu. Kemudian tanpa segan silu, aku pun rentap sepinggan nasi yang membukit. Oleh kerana seleraku yang dah di-upgrade sejak masuk belajar ni, tanganku pun laju mencedok biji bijian apa entah dan kuah merah ke atas nasi.





* Ketika menjamu selera selepas ke sembahyang raya, di dapur rumah tok*

Ibu: Jangan isi banyak sangat tu, Ina. Pedas.

Kak Ina: Um umm..

Ibu: Budu tu..kena isi sikit je.

Saya: BUDU? Lahh...ain isi penuh nasik tadi! >.<

Ibu: Laa..yeke? Ibu ingatkan ain tau. Habislah nai jerawat nanti.

Neqi: HAHA.. Padan muka! Jerawat jerawat~!


:o :o :o :o :o

SIALAN! Aku tak tau pulak makan budu naik jerawat. Huu~ Masin betul mulut seorang ibu.


TENGOK TENGOKKKK! :'(


WTF.

Sunday, November 14, 2010

Berani Kiss? (website update)

Really sorry i couldn't manage to update all the chapters here. I lost my soft-copy by accident. But god-willing, i'll update them A.S.A.P. ;) 




http://www.penulisan2u.my/2010/06/novel-berani-kiss-1/  (Bab 1&2)




Could this be your Giana? ;)

Berani Kiss? (brief introduction)

'Berani Kiss?' merupakan sebuah novel yang mempunyai penceritaan yang santai dan romantik. Jalan ceritanya tidak merimaskan seperti sesetengah novel yang kebanyakannya menyelitkan kisah harta, wasiat dan keturunan keluarga. Ceritanya romantik dan diakui, sedikit nakal.
'Berani Kiss?' merupakan sebuah novel untuk para remaja yang suka berangan (winkk). ;)

*sedikit tazkirah*
Bagi saya, orang yang suka berangan itu tiada salahnya. Semua antara kita juga suka berangan, bukan?
Cuma kadang kadang, kita jadi malu untuk mengaku. (mungkin kerana apa yang diangankan itu adalah girly-girly, nakal-nakal atau mungkin sahaja, di luar kemampuan kehidupan kita sebenar) Tapi still, ini tidak menjadi kesalahan. Apa guna ada otak dan masa terluang jika tidak berangan, bukan? hehe.. *sound like i'm talking to myself,sedapkan hati.




Okay, sambung balik briefing. ;)
Untuk menghayati 'Berani Kiss?', anda disarankan untuk:
1) mempunyai imiginasi mengenai dunia percintaan (could be vary.depending on how you like you love-life to be like,it's up to you!)
2) bayangkan lokasi, wajah, nama, pakaian, dan sebagainya mengikut apa yang anda suka (korean-like, thai, indo, itally, mexican or maybe arabian)
3) menggambarkan bahawa novel ini BUKAN lah drama terbitan RTM (tapi kalau anda suka cerita seperti genre ini, it's up to you)
4) dan akhir sekali, adalah disarankan untuk anda meluangkan imiginasi anda untuk terbang bersama 'Berani Kiss?' ! ;)

Thanks for spending time reading my art! Amat dihargai! :D

Novel inspired by:
'To Love' (jalan cerita yang amat luar biasa)
'Pretty Bad' (activity 'romantis'nya)
'Naive'  & 'Innocent' (gambaran novel graphic yang sangat remaja)
'The Fishes' (putas belit ceritanya yang suspen)

i'm backk! :DD

'i'm currently dekat temerloh! :D'
dah dua hari aku tiba di rumah. that day lepas last paper, terus chow. from seri iskandar-cameron-gua musang(whoops,salah jalan.then pusing balik ke..)-cameron-koyan-raub-TEMERLOH! :D
pukul 2am baru sampai rumah.no, it's not a complain.bersyukur. :)


can't wait to bumm at my soffy katil(much better than at my hostel), can't wait to watch tele again, can't wait to online unlimitedly(no diff actually.sebab dekat bilik aku sana pun dah boleh detect wireless free.laju jugak), can't wait to just throw my dirty cloths dalam washing machine, can't wait to drive my Cabby, can't wait to gumpal gumpal dengan adik, can't wait to borak dengan ibu, can't wait to kerja balik dengan papa(the most fake one,haha), and most sincere, can't wait to bergayut with him all the night in mooore private condition. ;)
Haha.. that's a lot of 'cant-wait' list.

But after one day,
i wake up morning with nothing much to do,
meeting him but with my adik adik sekeliling,
then malam have to tolong papa kerja

aarghh...rasa tak best pulak balik awal. :(
*ehh,mashaAllah,can't talk like that. tak reti bersyukur.


Wednesday, November 10, 2010

night with classmates

from seri iskandar to ipoh, then penang! ahaa... delirious! :D


Sunday, November 7, 2010

sekali lagi..

memang seronok bila:
-anda tidak tidur satu hari, mengulangkaji pelajaran
-apa yang dibaca tidak masuk satu pun ke dalam cerebrum
-roommate buka bermacam cerita yang menarik perhatian
-anda perasan bahawa berapa jam lagi nak pergi exam, kemudian baru betul betul start study
-dan sedar sedar dah tak banyak masa, apa yang nak dibaca masih bertimbun
-tiba di examination hall, dalam keadaan tidak tahu apa apa
-kemudian masuk di dalam examination hall.
-dan bila anda pusing belakang, tengok tengok invigilator  ikut
-seterusnya, anda dapati bahawa diri anda telah disabit kesalahan yang amat bodoh.
-anda telah dengan muka yang amat suci dan tidak bersalah, membawa masuk beg!
-dan bila anda sudah sedar, memang tidak perlu digambarkan lagi keadaan persekitaran hall tersebut.

Aarghhh...malunya sayaaaaaaa! Anjing, sekali lagi aku buat malu dekat dalam dewan periksa! ---,---

Saturday, November 6, 2010

HAPPY ANIVERSARY, ibu papa! :D

Glad, another years of happy-family-life. :)
i love you, ibu papa! :*



Thursday, November 4, 2010

it's a series of calamity :(

choi choi choi! what am i thinking?



"it's not high school anymore. i have to quit last minute study! " (two days before measurement2)

But how i spent my time, in those two days?
-"Alah..keluar pergi ipoh jap la. Lagipun nak beli bag, dengan baju kemeja tu. Sale deepavali pulak tu"
-"The breed? Takpernah dengar. tapi macam cerita seram je. jom tengok! :D"
-"Okay, jom tidur sayang. goodnight. love you! :*"


Well well, clap to you, ain. Or should i call it CRAB? Thought that yourself can do it better. Expect you can cover all what they learnt in five months. Think wrong! (6 hours before the paper, but i had only finished ONE book. Two more books. And each take half day to finished!)

4.35am: Set 5 alarm. Each gap 30mins. (willing to continue study)
6.00am: 'I write sins,not tragedies' alarm alarmed near my ears. Rush to toilet, tak tahann. Peeeee. -,-
6.03am: Tidur balik! Awal lagi
6.45am: With an alarmed face, i wake up as the loudest loceng shouted it's maximum volume
7.30am: Refreshed! Siap mandi. With wet hair.
8.00am: Siap solek + gambar untuk Hafiz
8.15am: Bersiap untuk keluar after calling my mum. Matrix card, ic, examination slip, all checked! Then baru  teringat my purpose of waking up early is to study. but yet wasted my time dengan make up and mandi.

"Okay, semua boleh masuk ke dalam dewan!" Shouted a big mummo from the main entrance.
"Jap lah, Aza. Baru pukul berapa ni. Kalau remove hedges ikut height ni kan?" Still holding plan paper. Trying to remember when the lecturer appoint this topic.
 "Hah Aza! Aku tak bawak pencil box lahh. Macam mana ni?" Start to gelabah. It's only 1 over ten students left in the entrance. Who can i borrow all the pens and calculator with? Then, i decided to seek the inviligator help. But what i get is a tones of shit.
"Habis awak nak suruh saya bagi awak calculator?! Dah part 2 tapi bawak pencil box pun tak ingat!" Replied those flock of grumpy XL-size andartu(or shall i assume they had monopouse?hurm,maybe better) At least all of the third last row in that hall turn their face to me. What a shame!
Phew..takpe ain. Senyum je. Then luckily there is one guy yang ada calculator extra. Ouh..good enough. at least for now. Then i walked through all the hundreds students. But once again, i lost my TABLE!
Arghhhhh... Just imagine how you should manage/cover your face after cat-walking half of the hall.

After finding my sit, i started all hands on those papers. 1 question paper, and 2 answer booklets. HA HA. Seem 'easy'.
My first sigh is to the 'havent-read-a-single-shit' part. Damn! I dont know a thing about this question. 25 marks is too much. *sweating
Then okay, maybe God will help in another question.
Huh? Allah..i forget the formula. I memorized it well this morning, but entah macam mana when started to write the first calculation, my mind blank. i'm not sure with my memory anymore.
All the question seem never existed to me. as if i never in my life, seen those kind of question. forget here and there. zero condifident. *i feel like crying. this is the worst paper in my life(there was another,english paper when i was form3.but i'm not sure which one is more worst now.maybe this one,probably because i havent know the result)!
Aaaaaaaarrrrrghhhhhhhhhhh...i am soooo a dead meat! i dont want to repeat sem! please Allah.. i pray to you, at least give me this chance. for me not to repeat it ever again. plaese....