Thursday, November 18, 2010

Berani Kiss? (Second Kiss)

Berani Kiss?



Bab 2
           


Giana terpana memandang pemuda di hadapannya itu. Masih tidak percaya dengan apa yang dialaminya sebentar tadi.
            Lelaki handsome berpakaian kemeja kemas putih dan seluar jeans cream itu baru sahaja MENCIUMnya.
            Dan bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengatakan tiga patah perkataan.
            You. Are. Qualified.
            Kejap kejap kejap. You are qualified?
            “Boleh jalan tak?” Mengeletar seluruh badan Giana apabila suara lelaki itu menyentuh fikirannya.
            “Apa?” Giana yang masih terpinga-pinga cuba mencari kekuatan untuk mengimbangi semula dunia realitinya.
            “Nak I dukung ke? Dari tadi tercegat dekat situ, kalau takkan masuk, I tutup semula pintu.”
            Oh right. Baru dia ingat tujuan asalnya ke sini. Giana ligat mengangkat beg pakaiannya dan segera masuk ke dalam ‘istana’ itu. Dia hanya mengekori lelaki itu dari belakang, sambil memerhati susuk tubuh sasa lelaki itu dari belakang.
            “Nah..ni baju kerja.” Lelaki itu mencampak helaian baju uniform kepada Giana. Dengan teruja, dia mengibas baju kerjanya itu.
            “Apa?” Gaun putih-biru atas lutut yang masih dipegang Giana, dikajinya teliti. Kerja apa agaknya yang berpakaian begini?
            “Kalau tak nak, boleh keluar and suruh bapak you bayar balik bidadari I.” tegas lelaki itu, seakan tahu apa yang bermain di fikiran Giana. Gadis comel berdiri di hadapannya itu mengalih pandangannya daripada baju uniform itu kepadanya.
            Bidadari? Oh yea. Kereta sial tu?
            “Um boleh saya tau, department mana saya kerja?” Suara Giana keluar tersekat-sekat. Dia masih memegang bajunya itu, sambil memandang tetap muka lelaki itu.
            “De-department?” Gelak sindir lelaki itu. “Oh yes. Department. Department penjagaan luaran dan dalaman.”
            Panjagaan luaran dan dalaman? Pekerjaan bidang apa tu? Tak pulak Giana dengar sebelum ini. Mungkin dia ditugaskan untuk menjaga penyanyi atau pelakon atau model di syarikatnya. Fikir Giana sedetik.
            Matanya yang dipenuhi persoalan kemudian secara automatik terbeliak. Setelah beberapa minit baru Giana tersedar bahawa sebentar tadi, lelaki yang melemparkan baju kepadanya ini telah mencium bibirnya!
            Seakan suatu kuasa telah menggesa gadis itu, Giana menghampiri lelaki itu. Hanya satu inci tubuh mereka bercanggah. Giana terpaksa menjengket kaki untuk menyamakan aras mukanya dengan ‘lawannya’ itu.
            Pang! Penampar singgah di pipi bersih lelaki itu.
            “Ahh..what the,?” Jeritnya kuat. Tangannnya meraba-raba pipi yang baru sahaja ditampar gadis berani itu.
            “Itu untuk cara awak menyambut tetamu,” Balas Giana spontan.





* * *



Boy mengusap pipinya perlahan. Kesan merah hasil tamparan budak baru itu masih lagi tidak berkurangan.
            Berani. Dengus hatinya.
            Tidak pernah sebelum ini, dia dilayan begini dalam hidupnya. Kalau setakat kiss, perempuan mana yang kisah? Zaman sekarang, benda macam tu dah tak diambil peduli. Hendak-hendak pulak dalam Bandar pergaulan bebas seperti ini. Kiss itu umpama salam. Fikir Boy.
            Apatah lagi dirinya yang selalu sahaja berjaya menjuarai hati wanita. Boy nyata tidak pernah tewas dalam mencuri hati kaum Hawa. Dengan berbekalkan muka mixed-blood yang innocent dan nakal, Boy mampu menakluki hati sesiapa sahaja. Selama ini dia yakin bahawa dia tidak akan gagal meruntun hati wanita. Tetapi tidak lagi, untuk detik ini.
            Namun begitu dia mendapati dirinya tersenyum, seraya mengingati insiden tadi. Memang salah dirinya jugak, tiba-tiba nak buli perempuan tu. Bisik hatinya.
            Boy bangun perlahan dari katil empuknya. Dia merenung jauh keluar tingkap. Cuba menyingkau pita tape memorinya, ketika budak baru itu datang.
            Memang, seawal langkah pertama gadis itu menjejak kaki ke dalam perkarangan rumah itu lagi, Boy sudah tertarik dengannya. Gayanya yang innocent itu telah mencuri hati lelakinya.
            Boy menarik nafas panjang. Cuba membuang segala perasaan yang bermain di dalam fikirannya. Namun semakin matanya dipejam, semakin kuat wajah mulus gadis itu mengintainya. Wajahnya yang terkejut apabila Boy mencium bibirnya. Reaksinya yang terpinga-pinga apabila Boy melepaskan ciuman itu. Dan air mukanya yang tegas dan bermaruah apabila dengan berani, dia menampar Boy.
            Akhirnya Boy membuka matanya. Ini tak boleh jadi. Perempuan macam ni mesti dikasi pengajaraan!