SUGAR TOWN
You can also read this from here Sugar Town (cerpen) Just click n the link. :))
"Hey you! You ni memang tak malu kan? Nak mengintai orang." Jerit Qamelia Annatsha Al-lutfi kuat dengan tangan yang sarat menjinjing beg kertas Prada, Salabianca dan United Colors of Bennetton di kedua dua belah tangannya.
"Tash! What's wrong?" Aria Farihan segera berpaling dari rak pakaian Zara. Tumpuannya berubah ke arah kawannya yang tiba-tiba menjerit.
Annatsha tidak memberi respon kepada soalan Aria itu. Matanya masih lagi tertumpu ke arah seorang jejaka yang terus berjalan meninggalkan mereka. Jejaka itu seperti tidak tahu dia yang Annatsha jeritkan. Membuatkan gadis itu bertambah geram.
"Why? What's wrong?" Tanya Aria lagi. Dia semakin tidak puas hati kerana dari tadi ada beberapa pasang mata memandang mereka.
"No. Nothing. Just..um, nothing." Annatasha mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Memberitahu kawan baiknya perkara sebenar adalah seperti menulis status 'mama, saya dah kehabisan duit' di Facebook.
"Okay. Whatever." Aria leka membelek baju dari raka pakaian butik terkenal itu. "Hey, how about this?" Tanya Aria ceria sambil menayang sehelai gaun hijau asparagus pendek di hadapan dirinya. Menggayakan gaun itu dengan lenggokan sexy.
"Gorgeous," Jawab Annatsha separuh hati. Fikirannya masih tertumpu kepada jejaka berseluar pendek dan sweater hitam Giordana plain tadi.
"Babe? You kenapa? Is something in your mind? You tak macam biasa." Sapa Aria lembut, menunjukkan keprihatinannya terhadap kawan baiknya itu.
"Nah. I okay je. Aria, do you mind kalau I tunggu you dekat Starbucks je?" Dia sebenarnya sudah hilang mood untuk membeli-belah meskipun itu adalah hobinya untuk menghilangkan rasa bosan.
Aria mengangguk curiga. Tanpa menunggu kata-kata pesanan dari Aria, Annatasha segara berjalan keluar menuju ke cafe favorite dia dan kawan-kawan perempuannya.
Annatasha menghirup perlahan Caramel Brulee Latte sambil cuba menggali tambunan memori di kotak fikirannya. Matanya bertemu dengan mata jejaka itu buat beberapa saat tadi, dan itu membawa Annatasha kembali ke insiden memalukan minggu lepas.
Dia masih ingat jejaka itu.
"I'm a shoo-shoo-shoo, shoo-shoo-shoo, shoo-shoo, shoo-shoo sugar town!" Annatasha menari-nari riang sambil berpusing-pusing di dalam gaun satin paras lututnya di hadapan cermin. Lagu itu mampu membuatkan dirinya menyanyi riang. Dia telah menghafal setiap perkataan dalam lirik lagu 60-an itu.
Namun nyanyian dan tarian riangnya terhenti apabila dia mendengar satu gelakan pendek tidak jauh dari situ. Dia segera berpaling ke luar tingkap besar bilik tidurnya. Dan alangkah malunya dia apabila mendapati ada seorang jejaka berdiri di luar tingkap itu sambil memerhatikan dirinya. Dan ye, jejaka itu adalah jejaka yang 'mengintai'nya di luar butik Zara itu tadi.
Dia seperti dapat merasa darah mewarnai pipinya hingga berukar warna merah jambu. Malu apabila mengingatkan perbuatannya tadi.
Lamunannya terganggu apabila lagu rancak 'Don't Call My Name' dari Sony Vivaz Pro-nya berbunyi. Dia mengeluh perlahan apabila nama 'Ryan' terpampam di skrin telefon touch-screen itu.
"Tash, you dekat mana? I'm missing you here." Suara romantik Ryan Tan Sri Jafri kedengaran di hujung corong talian itu.
"I keluar dengan Aria. Why?" Suara romantik Ryan itu sudah tidak istimewa lagi pada pendengaran Annatasha. Dia mula naik rimas dengan perangai Ryan yang sentiasa mahu mengambil tahu aktiviti hariannya. Baru seminggu couple, lagak Ryan sudah menjengkelkan Annatasha. Memang dia tidak biasa duduk dalam satu hubungan serious lama-lama. Seminggu sudah cukup buat dia jemu.
"Malam ni I pick you up, okay hottie?" Tanya Ryan menggoda. Annatasha sudah dapat membayangkan riak wajah Ryan di talian sebelah sana. Ryan pasti sedang membuat muka 'sexy'-nya yang telah berjaya mengaut banyak pujian dari gadis-gadis di kolej mereka.
"Tonight? Kita nak pergi mana?" Soal Annatasha sambil cuba mengingat temu janjinya dengan Ryan.
"Prom night party rehearsal, darling!" Jawab Ryan separuh sabar, namun dia cuba menutup rasa itu dengan gelakkan kelelakiannya itu.
"Oh. Sure. 8pm, okay? See you." Cepat Annatasha menekan butang 'end-call' di skrin telefon bimbitnya itu. Dia hampir lupa yang dia sudah janji dengan prom-partnernya itu untuk ke rehearsal malam istemewa itu. Aria telah memujuk Ryan untuk mendapatkan kebenaran dari penganjur dan pengatur acara party itu, yang juga merupakan kawan Ryan, supaya dia, Annatasha dan Tonny Ishak, prom-partnernya dibenarkan meninjau persiapan malam party itu. Kata Aria, supaya mereka dapat menyesuaikan pakaian mereka dengan tema party itu. Aria benar-benar semangat mengenai party itu. Dia malah sudah pasang harapan untuk menjadi prom-queen malam tersebut.
Sebetulnya, Annatasha jugak memang bersemangat mengenai party tersebut. Tapi semua itu adalah sebelum ini. Sekarang, dia tidak pasti adakah dia mahu pergi ke party itu bersama Ryan. Ya, memang betul Ryan tiada cacatnya. Namun dia sedikit jangkal dengan perangai Ryan yang seolah-olah mahu satu sekolah tahu yang Qamelia Annatasha Al-Lutfi adalah kepunyaannya.
Sebenarnya dia memang tidak pernah punya perasaan terhadap jejaka pujaan ramai itu. Kawan baiknya yang sibuk memujuknya agar mendapatkan Ryan untuk prom malam itu. Aria yang melakukan segala tugas agar mereka bersama. Dia mahu melihat kawannya itu berganding dengan jejaka yang sama hebatnya dengan partner-nya malam prom itu nanti. Tambahan pula semua murid di kelas mereka tahu bahawa Ryan Tan Sri Jafri sudah lama menyukai Qamelia Annatasha.
******
"Looking pretty." Sapa Ryan sambil menyenyit mata kirinya kepada Annatasha seraya gadis cantik itu meletakkan punggungnya di atas tempat duduk empuk Hummer H3 Ryan. Dia hanya merespon dengan senyuman manis.
"Wahaa~ This is lovely, isn't it Tash?" Jerit Ryan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ball-room Hotel Prince. Tangan kirinya dibiarkan melingkar di leher Annatasha. Annatasha sedikit janggal dengan kelakuan Ryan itu. Dia tidak suka lelaki itu sesenangnya menyentuh tubuhnya. Namun dia hanya mendiamkan diri.
Aria dan Tonny sudah tunggu mereka berdua di ruang tetamu hotel lima bintang itu, ketika mereka tiba tadi. Kedua-dua pasangan itu memakai warna pakaian yang secocok.
"Perfect!" Sambung Aria. Matanya melilau memandang segenap penjuru ball-room itu. Tema malam itu adalah 'Night Sophisticate'. Bilik tarian besar itu sudah dihiari dengan lampu yang serba mewah dan tangga agam yang besar. Di penjuru tangga itu, instrutments musik live-band sudah diletak lengkap. Semuanya sudah hampir lengkap.
Annatasha menilai sendiri segenap ruang bilik itu dengan kagum. Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seseorang di penjuru tangga agam itu. Dia segera meluru ke arah jejaka yang sedang sibuk membetulkan kedudukan drum set itu. Ryan, Tonny dan Aria sedang leka berbual dengan seorang lelaki tua berpakaian kemeja lengkap.
"Hey.." Sapa Annatasha kasar.
"Ye?" Jejaka itu mendongak ke atas, memandang Annatasha yang sedang berdiri tegak memandangnya dengan mata yang bulat.
"Kenapa awak ada dekat sini? Awak intip saya ye?" Soal Annatasha melulu. Jejaka itu adalah jejaka yang sama dengan yang mengintipnya di luar biliknya dan jugak di shopping complex petang tadi.
"Saya kenal awak ke?" Balas jejaka itu sambil meneruskan kerjanya. Respon jejaka itu cukup membuatkan Annatasha bertambah geram. Dia mengetap bibir mungkilnya untuk menahan dirinya dari marah.
"Awak yang intai saya dekat rumah saya hari tu, kan?" Tanya Annatasha tanpa berfikir. Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar, dia segera rasa menyesal kerana membuka pekungnya sendiri.
"Saya tak tahu apa awak cakap." Pendek jawapannya. Dia kemudian berdiri dan menepis perlahan bahu Annatasha untuk diberi laluan. Meninggalkan Annatasha sendirian, masih menahan malu.
*******
Rifdi Affan termenung jauh sambil baring di katil bujangnya. Tangan kanannya direhatkan di atas dahinya. Dari tadi dia tersenyum manis mengenang riaksi wajah gadis cantik itu.
Dia masih teringat wajah Annatasha dari cermin besar bilik tidur puteri itu. Wajahnya manis dan riang sekali. Seperti tidak ada sedikit pun rasa risau dan takut, seperti hidupnya ditakdirkan sempurna sesempurna wajahnya. Dia, secara tidak langsung membuat Eddy tersenyum dengan lagaknya yang comel itu.
Eddy mengibau kembali pertemuanya dengan Annatasha di shopping complex petang semalam. Dia memang tiada niat untuk mengintip atau 'mengitai' gadis itu, seperti yang disabit Annatasha tadi. Bukan salahnya apabila dia terserempak dengan gadis itu di dalam kesibukan orang ramai membeli-belah.
Sapaan Annatasha ketika dia membuat persiapan untuk malam prom night itu, sejujurnya memang telah dijangka Eddy. Gadis berani macam Annatasha itu tidak mungkin takut untuk menegakkan haknya. Namun dia tetap rasa seronok kerana sekali lagi dia diberi kesempatan untuk menatap muka sempurna gadis itu.
Walaupun jauh di lubuk hatinya, dia sedikit terkilan mengenangkan Annatasha sudah mempunyai teman untuk malam prom itu nanti.
"Rifdi Affan, come on. Kau ni berangan je tau. Dia tu puteri, tak mungkin dia nak dekat kau." Kata Eddy kepada dirinya kuat, agar dia dapat menerap ayat itu ke dalam otaknya. Agar dia tidak bergantung harapan yang tidak mungkin muncul.
"Dah. Jom pergi kerja!" Ajak Eddy bersemangat sambil mendukung Pitam masuk ke dalam beg simpangnya. Dia akan membawa kucing Siam yang dijumpanya di belakang rumah itu kemana mana sahaja dia pergi. Pitam tidak mendatangkan masalah buat tuannya. Dia mendengar kata dan pandai ke pangkuan tuannya jikalau mendengar bunyi basikal Eddy setiap kali ingin pulang.
******
Eddy perlahan-lahan mengatur langkah penuh teliti ke arah suara tangisan yang menerpa ke telinganya dari tadi. Tangisan itu kedengaran sayu sekali.
Langkahnya terhenti apabila dia nampak tubuh seorang gadis terjengkul-jengkul menahan esak di taman English-garden style di tepi rumah besar itu. Dari tempatnya berdiri, dia sudah boleh cam gadis itu. Dia teragak-agak mahu mendekati gadis itu. Separuh jiwanya, begitu mahu mendekati gadis itu. Namun separuh lagi mengingatkan dirinya agar tidak bertindak berani.
Meoww.. Eddy tersentak apabila imej yang ditenungnya dari tadi ditemani Pitam. Dia segera membuka beg simpangnya untuk memastikan apa yang dilihatnya sebentar tadi salah.
Alamak... Keluh Eddy perlahan apabila dia dapati Pitam sudah hilang dan berada di sisi Annatasha!
Annatasha segera memaling wajahnya ke arah Eddy. Pipinya masih basah, daripada air mata yang dari tadi gugur tanpa Eddy tahu puncanya.
"Awak?" Panggil Annatasha perlahan. Eddy terpana, tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Dia mengatur langkah ke arah gadis itu.
"Awak, saya sedih." Adu Annatasha sebaik sahaja Eddy menghampirinya. Pitam sudah bertemu dengan kucing gebu Annatasha. Hai..pandai kau ye. Menggatai. Usik hati Eddy.
Tumpuannya kembali kepada puteri itu. Annatasha kelihatan sedih sekali. Eddy hampir terkejut dengan perubahan muka Annatasha. Gadis yang disangkanya tiada masalah itu kini bertukar sedih. Namun baginya, dia tetap cantik macam puteri cerita Disney.
"Annatasha?" Eddy tidak tahu apa yang perlu dikata. Akhirnya dia keluar dengan kata-kata yang baginya, sangat bodoh.
Eddy menghulur tangannya, menyentuh pipi lembut Annatasha. Mengesat air murni yang keluar dari sepasang mata besar itu. Tanpa dijangka, tubuh Eddy dirangkul. Annatasha memeluk tubuhnya, sambil membenamkan mukanya ke dada Eddy. Esakkannya masih tidak berhenti. Tangisan yang makin sayu.
Eddy kelu seribu bahasa. Tidak tahu apa yang perlu dikatanya. Dia tidak biasa dengan keadaan seperti ini. Hendak pula dengan gadis istimewa ini. Dia hanya mengusap rambut hitam Annatasha kaku.
"Kenapa takde sorang pun kisah pasal saya? Kenapa semua nak biarkan saya sorang sorang macam ni je? Biarkan saya duduk sendiri. Tak pernah faham saya!" Tiba-tiba Annatasha bersuara. Suaranya serak, dari tangisannya yang masih belum reda.
Eddy terkaku. Dia bertambah pelik. Tidak tahu hujung pangkal percakapan Annatasha itu. Mahu sahaja dia jawab, saya kisah pasal awak. Saya nak faham awak. Namun kata-kata itu disimpannya semula.
"Mama, tak pernah nak ambil tahu pun saya buat apa, saya makan apa, saya tinggal dengan siapa bila dia out-station. Dia lupa ke saya ni anak dia? Daddy pun sama. Yang dia tahu, bank-in duit, settlekan credit card saya. Dia tak pernah pun ambil tahu result exam saya, saya kena gantung sekolah ke apa." Cerita Annatasha penuh emosi. Dia memandang wajah Eddy dengan mata yang masih bertakung air. Eddy hanya menjadi pendengar setia.
"And now, bila diaorang dah susah, baru diaorang sedar yang diaorang still lagi ada sorang anak. Haha.. Funny kan? Dah ada masalah, baru telefon saya, suruh anak yang dia dah tiga tahun tak cakap ni settlekan masalah diaorang." Annatasha gelak sinis. Dia mengesat air matanya dengan belakang tangannya.
"Diaorang ingat saya ni apa? Nak jual senang-senang macam tu je. Boleh pulak nak paksa saya kahwin just in for the purpose nak settlekan hutang busnisse diaorang." Akhiri Annatasha dengan sendu yang ditahannya. Eddy terpana mendengar keluahan Annatasha. Dia tidak snagka gadis yang sempurna dan kaya sepertinya mempunyai masalah yang lebih teruk dari dirinya.
"Saya kisah." Jawab Eddy. Annatasha memandang muka Eddy lama, tidak berkelip-kelip. Memintanya memberi penutup kata bagi ayat yang dirasanya tidak lengkap itu.
"Saya kisah pasal awak." Ulang Eddy sekali lagi. Kali ini dengan senyuman yang benar-benar lahir dari sudut hatinya.
Annatasha membalas senyuman itu dengan rasa selamat, puas dan yang paling penting sekali, dengan rasa bahagia. Inilah kali pertama dia tersenyum benar-benar jujur.
"I'm a shoo-shoo-shoo, shoo-shoo-shoo, shoo-shoo, shoo-shoo, shoo-shoo, sugar town!" Nyanyi Eddy sambil disambut gelak tawa gembira Annatasha.
"Hey jahat! Tak baik ejek!" Annatasha memukul lembut bahu Eddy yang duduk di sebelahnya, dia masih lagi ketawa menahan malu.
"Haha.. Awak tahu tak," Eddy memandang tepat muka Annatasha. Gelakan mereka terhenti. Annatasha menunggu Eddy menghabiskan kata-katanya. "You are my sugar town."
Dua hati itu sudah berjanji untuk cuba mengenali sesama mereka, dengan terdendangnya lagu Annatasha itu.
Pitam sudah pun bermesra dengan teman hidupnya, Whiskies. Seperti juga tuan mereka. :)
"I got some troubles but they won't last,
I'm gonna lay right down here in the grass,
And pretty soon all my troubles will pass,
'cause I'm in shoo-shoo-shoo, shoo-shoo-shoo,
Shoo-shoo, shoo-shoo, shoo-shoo Sugar Town~~~"
Review:
I had receive a few comments on my readers. (well really thank you! :D) Most of them post the same comment, "tak paham!" "macam mana dengan watak Ryan and apa jadi lepas tu?"
Yes. memang betul, cerpen ni tidak menonjolkan kisah percintaan mereka dengan lebih mendalam. Kerana apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai bagaimana cinta mereka bertemu. Sebab itu saya tidak memasukkan kisah mereka selepas mereka couple ect. Its a CERPEN, btw. and maybe my style of writing berbeza dengan Malaysian's writer yang lain. (minta maaf sekali lagi, kalau ini tidak memuaskan). And thanks of reading. :))Bonus:
Sugar Town (annatasha's version)
this is a cover by Zooey Deschanel. The original was from Nancy Sinantra
No comments:
Post a Comment