Monday, November 29, 2010

dolu dolu

ahaa~ kelakar betul bila tengok gambar yang di tag pok chick
semua gambar yang dah lama sangat. gambar yang aku tak pernah tengok pun, sebelum ni.
(ada satu ni, pernah tengok)
yang best nya, muka makcik makcik makcik dengan pakcik dengan papa aku semua lain gila.
HAHA.. lawak jee. 

Tengok ni. :D

papa yang tongkat dagu tu! haha
A powerful lady that carry 8 wonderful humans. :))


Cannot stop the curiosity of our look decades from now. Hope I'll reach that day. :)

Sunday, November 28, 2010

Senior..

We were opened up to a unregular topic yesterday.
It was, Which You Prefer Most.
I vote for, Junior. I love being junior. It's just you can get spotted in the light more than kids in higher grade. And when you were junior, everything seem joyful and innocent right? You can run around, laughing till your head off, sitting next to boy and you don't even feel a thing, pull up hands to ask teacher questions. And plus, we'll look more cute right? tehee~ :D

But he actually vote for the other side.
He said, being a senior you can do whatever you want to. And you will be respect more bla bla bla. Okay, maybe it's for you. This wasn't happening to me. My senior year wasn't little or much like that. -,-


My argument: I think, the definition of senior is..bully gang-popular-thing. But I don' get any of that. I mean, i don't do any of that.
His refutation: Haha.. No. There never be a definition like that. Who did the bully.
My turn: Fine. Brush-off the bully-point. I mean, i want me as a senior to feel like kids respecting me. Popular, you know. Like, some others younger girls admiring me, wishing themselves to be me, -thing. I really want to. >,<
His persuasion: Haha.. nonsense. You know, i kinda respect this one senior of mine. His style and things. But i never told him. The thing is, people would never tell people that he fond them. It just look silly, they come to you and said, I admiring you.
Point taken!
but was I be like the one he pictured to anybody? 

 

Wednesday, November 24, 2010

Routine

haish..sekarang ni hidup saya kembali seperti sejarah. 
Bangun pagi, gosok gigi~ (if you call 2p.m. tu pagi),
Sarapan (if you call nasi lemak is for sarapan),
Then pergi kerja. Huh.. what a bosan routine kan?
Aku tahu..
Lepas balik tu pulak, just bersiap untuk tidur dan kemudian, habiskan satu movie mengenai rumah tangga, according ti njang(wth).
ONCE AGAIN: what a bosan routine kan? 
Aku tahu. :(
cry me a river. :(
i dont even have time to go to saloon, check FB's notification, helping my mum sidai kain(now, this is more fake than true), finish my novel and i have no time to update YOUU, my blog! :'(

BTW hey, 'Berani Kiss?' sudah diupdate dalam laman sesawang penulisan2u.my. Thanks for reading. :))
BERANI KISS? 4 
(actually it's the fifth kiss. but since i combine 1st and 2nd togather,, )

Saturday, November 20, 2010

kerja hiyahhhh~

kena kerja lagi. memang nasib badan. hmm. tapi nasib baik takde apa apa halangan iman(macam sebelum ni), hari ni aku berjaya memakai semula uniform kerjaku.


"V-power penuh, boss? :)"
"Oh hee.. Ada Bonuslink? :)"
"Terima Kasih, Datang lagi!" :D

Dialog wajib. ill-omened! kalau tak cakap, kena potong markah. and then cukup dah peti negative, kena dengar ceramah yang berhormat. huh huhh.. -__-

Haha.. and here gambar nya! :D  tiba-tiba je. saya pun tak tau kenapa saya nak upload gambar ni. mungkin saya nak orang tengok muka saya kot. since takde lagi gambar saya sorang dalam blog ni. or better still, saya nak menghargai gambar yang saya dah tangkap ni(bukan saya yang tangkap, tapi saya yang posing) >.<



Berani Kiss? (Fifth Kiss)

Minta Maaf Kalian. Saya missed upload Fourth Kiss. Tapi nanti saya akan uploadkan semula. Untuk Fourth Kiss, kalian boleh baca di 
http://www.penulisan2u.my/2010/10/novel-berani-kiss-3/



Berani Kiss?


Bab 5


Boy tersenyum mengingat kisah tadi. Pemandangan langit di luar tingkap biliknya direnung dengan rasa puas. Bukan main terkejut lagi Giana apabila dia mendapat tahu tentang pekerjaannya itu. Malah riak muka itu bertambah terkejut apabila dia mendapat tahu siapa boss barunya.
                “Aw-awak?” Ayat pertama yang muncul dari mulut mungkil Giana. Matanya terbeliak besar. Masih lagi bertukar pandangan dari papan nama itu ke muka Boy.
                “Kenapa?” Soal Boy dengan nada serius. Dia cuba menahan gelak. Matanya mengambil kesempatan memerhati riak wajah Giana.
                “Um..takde lah. Saya tak berapa faham dengan kerja saya ni. Penjagaan luaran dalaman tu kan jaga imej artis? Tapi kenapa pulak awak?” Giana mengeluarkan persoalan yang dari semalam dia cuba cari jawapannya.
                “Wait wait.. Siapa pulak yang pandai-pandai bagi briefing dekat awak pasal kerja ni? Saya rasa saya tak lantik siapa-siapa selain saya sendiri, untuk bagi penerangan dekat awak.” Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
                Giana hanya mendiamkan diri. Memang betul kata lelaki itu. Dia yang pandai-pandai mentakhtakan sendiri pangkat dan kerjanya.
                “Penjagaan luaran dan dalaman tu jaga kesihatan, kebersihan and kesucian luaran dan dalaman saya.” Bisik Boy ke telinga Giana. Dia sudah berdiri betul-betul bersebelahan Giana.
                Muka Giana merah padam apabila suara itu dirasanya benar-benar hampir dengan dirinya. Penerangan Tuan Muda itu masih tidak jelas. Namun dia dapat merasakan satu muslihat yang aneh. Seperti dirinya dipermain.
                “Tak. Saya tak faham. Apa tu?” Soal Giana jujur. Dia cuba menjarakkan dirinya dengan boss barunya itu.
                “It’s okay if you don’t understand now. Soon you’ll know. Lagipun, lama lagi awak akan bekerja untuk saya.” Jawab Boy yang sudah kembali ke mejanya. Dia menghadiahkan kenyitan mata untuk gadis di depannya itu.
                Boy tersenyum nakal apabila memori tadi menjenguk masuk fikirannya. Setiap wajah dan pergerakan Giana jelas terpampam di skrin memorinya. Mata Giana yang membulat apabila dia memberitahu siapa dirinya, mulutnya yang bukan main lancang mengeluarkan pertanyaan, pipinya yang berubah merah jambu apabila dia menghampirinya, semua menjadi santapan memori Boy untuk dia tersenyum puas. Sebenarnya dia sengaja buat-buat tidak mahu ambil tahu nama Giana, padahal dalam hatinya sudah menyambut nama itu.
                Boy yakin dia mampu melembutkan hati gadis itu. Kerana sebelum ini pun dia tidak pernah kalah dengan title-nya sebagai playboy itu. Dengan rupanya yang berkacukkan darah Melayu, Cina dan Thailand, dia tidak pernah mensia-siakan anugerah itu. Pasti ada sahaja mata yang terpaut dengan renungan matanya. Dan setiap hari, ada sahaja nama baru yang muncul di skrin telefonnya. Ada sahaja watak baru yang datang bertandang ke rumahnya setiap malam, menemani tidurnya.
                Biarpun dia telah menerima padahnya dengan rasa tapak tangan Giana, dia tetap tekad untuk mencuba permainan ini. Dia yakin permainan ini dicipta untuk menguji kehebatannya sebagai lelaki yang mampu meruntuhkan hati setiap gadis.
                “Ni kopi,” Sampuk Giana menghentikan lamunan Boy.  Cawan yang lengkap berpiring diletakkan kasar di atas mejanya.
                “Hold on. Awak nak pergi mana?” Halang Boy sebelum Giana melangkah keluar biliknya.
                “Tolong kemas dekat bawah.” Jawab Giana selamba sambil menunding jari ke luar.
                “Apa? Remember, you are not orang gaji untuk rumah ni. Awak, orang gaji untuk saya je!” Perintah Boy jelas. Dia mendekati Giana yang sudah terjerkah sedikit kebelakang. Giana seperti terkejut dengan ketegasan dirinya.
                “Awak kerja dekat sini untuk saya sorang je, okay?” Tanya Boy yang lebih kepada penegasan. Namun suaranya kali ini lebih lembut berbanding tadi. Badannya membongkok memandang tepat muka Giana yang akuh di posisinya. “Kerja awak dekat dalam bilik ni. Jaga keperluan saya. Sebab saya busy dengan schedule, so saya memang memerlukan penjaga yang boleh jaga everything inside and out of my underpants. Boleh Giana?”
                Baru sahaja Giana hendak buka mulut menentang kata-kata Boy yang dirasa keterlaluan itu, bibirnya dicuit jari lelaki itu.
                “No. When I ask, no way you can say no. Awak dah jadi saya punya since your father agree nak awak bertanggungjawab, remember? By the way, I will not order too much from a girl like you. Lagipun apa je lah yang budak macam awak ni tahu, kan?” Boy mengakhiri kata-katanya itu dengan senyuman yang kononnya ikhlas.
                Giana hanya mampu mengetap bibir. Geram diperlakukan begitu. Rasa menyesal dan marah saling bercampur. Dia memandang Boy dengan rasa meluat. Bencinya kelmarin makin bertambah, sehingga senyuman yang tiada cacatnya itu pun dilihatnya dengan rasa geram.



**sorry sebab bab kali ni pendek jugak. -__-

Friday, November 19, 2010

spongebob tut tutt.. XD

HAHA.. karut jee? 
*maluuu~


p/s: The resolution for this video is for picture message. 




I love you so much, the-guy-with-red-cap!


Btw, i'm Proud i made something for him. Hee~ ;)

Tehee~ Comel kan kan? SUKAA! :D
Eh chup, jangan salah faham.
Bukan saya ni kejam sangat buat kaki dia ini macam, he's the one yang nakal.
Btw, i love myself!for paksa dia look cute. HAHA.. really,he looks cute.

Thursday, November 18, 2010

Berani Kiss? (Third Kiss)

Berani Kiss?



Bab 3



Singkatnya! Gerutu hati Giana. Dia mengkaji imej yang terpapar di cermin besar itu. Dress putih-biru itu mendedahkan sedikit paha gebunya. Benar-benar ‘muat’ dengan susuk tubuhnya yang lengkap pakej itu.
            Giana melurutkan ikatan rambutnya. Dan kemudian menyikat rambut lurus melepasi bahu itu. Dikemaskan semula ikatan yang tadi ditanggalnya. Bersedia untuk melakukan tugas!
            “Cik Giana?” Gadis itu tersentak mendengar sapaan dari suara yang tidak dikenali itu. Dia segera berpaling, dan mendapati seorang perempuan pertengahan 50-an, berpakaian sama sepertinya.
            “Ye?” Jawab Giana dengan senyuman tanda salam pengenalan.
            “Tuan Muda nak jumpa Cik,” Beritahu perempuan itu dengan nada yang lembut dan bagi Giana, sedikit kehambaan.
            “Okay! Dekat mana, mak cik?” Balas Giana bersemangat. Rambut ekor kudanya turut serta bergoyang.
            “Dalam bilik tuan.”



* * *



DALAM BILIK TUAN?
            Giana mengetuk pintu bilik di tingkat kedua rumah agam itu perlahan.
            “Masuk!” Arah satu suara dari dalam.
            Giana mengeluh kecil sambil memulas tombol pintu. Berkebil-kebil mata Giana apabila sangkaannya mengenai ‘bilik’ itu benar.
            Bilik tidur! Bilik tidur Tuan Muda! Benar sangkaan lucunya awal tadi. Dari awal tadi, dia cuba menolak sangkaan lucunya bahawa ‘bilik’ yang dimaksudkan mak cik tadi adalah bilik tidur. Dia memujuk hatinya, yang bilik itu merujuk kepada bilik mesyuarat, atau, bilik apa-apa sahaja yang lebih sopan.
            Giana mengerling ke segenap ruang bilik itu. Memerhati keluasan bilik mewah itu.
            “Awak, boleh mulakan kerja pagi esok.” Arahan suara itu mengembalikan fokus Giana kepada lelaki yang sedang duduk di meja tunggal itu. Lelaki tadi? Ahhaa.. Lelaki yang menciumnya tadi!
            Tuan muda? Apa? Dialah Tuan  Muda yang mak cik tu cakap? Dan aku dah kasi dia hadiah, sebelum aku mula kerja.
            Mengingatkan insiden tampar tadi, darah Giana serta-merta naik ke muka. Pipinya merah, menahan malu akibat perbuatannya tadi. Dia hanya tunduk memandang lantai.
            “Kenapa? Tak sedia lagi nak kerja?” Giana segera mendongak kepalanya untuk memandang arah suara yang dirasanya amat dekat itu.
            Badan Giana terjerkah kebelakang apabila dia mendapati wajah lelaki itu benar-benar hampir dengan wajahnya. Tuan Muda itu membongkokkan badannya, memandang wajah Giana tepat. Namun kedua-dua belah tangannya disembunyi di dalam poket seluar.
            Giana segera membetulkan posisi mereka. Dia mengambil dua langkah kecil ke belakang.
            “Tak! Dah lama sedia!” Dia mengejas badannya agar berdiri tegak. Dan mukanya menggambarkan dia serius mengenai kerja barunya itu.
            “Oh.okay.” Dua patah jawapan lelaki itu. Sedikit terkejut dengan kegigihan Giana dengan ‘kerja’ yang bakal diberinya itu.
            “Jadi?”
            “Jadi?” Tanya Tuan Muda itu semula.
            “Penjagaan luaran dan dalaman, saya dijadualkan nak jaga siapa?” Tanya Giana dengan yakin.
            Pemuda itu tidak dapat menahan rasa geli hati. Dia melepaskan ketawa besar. Kelakar dengan gelagat dan semangat Giana. Padanlah perempuan ni bersemangat sangat. Kerja Penjagaan Luaran dan Dalaman rupanya. Geletek hatinya.
            Giana hanya menahan sabar dengan reaksi majikannya itu. Dia cuba menguntumkan senyuman.
            “Dah habis?” Sapa Giana selepas gelakan dari tuannya itu reda.
            “Dah. Dah,” Balas tuannya itu. Masih ada sisa baki ketawa.
            “Kalau dah habis, boleh saya dapatkan jadual kerja saya?” Tegas Giana.
            “Okay okay. Pagi esok, start Penjagaan Luaran dan Dalaman awak.” Arahnya cuba bersuara serius, tetapi nyata dia masih kurang berjaya. Giana yang di hadapannya, jelas sedang menanti kata putus dari majikannnya. “Awak bertugas untuk Adam Jafri.”