Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

weh aku tak buat apa apa pun. serious. :(

Environment: Everybody is listening half dead(but still manage to control their nerdiness) to the muka-cahaya-keimanan-tapi-cara-macam-rempit(imagine!) lecturer.

One obviously not comfortable with her dress girl, saying something to her friend that sit next to her. "Aku cam dengar ceramah agama."
Her big alive moles friend respond: "Aku dah nak tertidur ni," But still maintaining her position and can hardly notice that she is actually mumbling something.
So the girl with the uncomfortable dress turn to her friend to confirm that she is really sleepy(because her expression said that she capture every single words that the lecturer say). when she adjusting her view back to the Lcd screen, the ha-ha-i'm-so-funny-all-the-time lecturer is looking directly into her face!
She immediately drop her head down so the lecturer will think she is really noting what he said. and hoping that he wouldn't say anything or make fun of her, for he's always make fun of people.
"Saya bukan tengok awak. Orang sebelah awak tu," Oh apa? Huhh..glad. :)
Then when she raise her head, the lecturer was obviously mean to say that previous line to her friend that sit next to her. (means that the lecturer is COMFIRMLY 'tengok' she!)
"Awak sekolah perempuan kan dulu?" what? mulut tercengang. apa ke hal nyo ekau tanya aku tiba tiba soalan tu. dah lah buat muka macam saying i'm having a serious HIV. 
She just replied no. afraid that he will continue to ask her moooore question.
"Saya tengok awak asyik pandang kiri kanan." and then apa kenanya dengan sekolah perempuan ke tak?
She's just smiling while noticing the whole class is staring at her and laugh madly, thinking that it's a really funny scenery.
Okay lah. He continue his lecture. phew glad.. 
"Awak tak suka makan ikan ye?" :o
--__--  Dont know what to answer. it might be a tricky question.
"Focus!" Staring inside my eyes while make a habitual(he might think it's fun.idk) hand gesture. heyy, i dont do a single thing psycho! what's up with you? i'm trying hard to focus and not moving a single cell.
Then he continue with bla bla bla, making fun of her. telling the whole class how he felt when he noticed that an 'object' is moving here and there. shit! maluuuuu
Okay he's get back to his work. but then after a few lines, he start his oh-so-funny-question again, with the seriously-over-pill face. "Mesti sayur pun awak tak suka makan kan?"
The girl just nod politely.
but he still havent seems to play enough. "Awak mesti makan ayam je kan?" hoiiii! apanya kau ni? dah laa..satu class kot pandang aku gelak gelak. kau ingat kelakar sangat ke.
And then he continue the rest of the class with routine like this. few lecture, and then back to knowing-me topic. asking the girl's name, facebook thingy. hahh..heck betul. nasib dapat lecturer suka buat lawak rempit sejati ni. bagi lecture macam gangster(this one is fun,sebab kelakar cara dia), then making a few funny conversation with his random student. tapi serious, i dont know how to picture him. he's really this funny. okay, muka boleh tahan lah. kurus kering, suka cuba untuk buat lawak. lepas tu kalau dia buat lawak, dia buat muka macam nak gelak tapi cover. gelak dia tu pulak macam sindir orang, but at the same time buat orang lain yang tengok tu ketawa. and his action is really unexpectable. this is the factor why he acted like that. hohh..
just imagine how funny does people see him. i personally think he is funny, but still, I"M THAT GIRL!!!!!

waaa~ malu gila. :'(

Thursday, December 9, 2010

Surat Cinta (erkk,)

HAHA.. maybe we should take some for our BM essay. ;)
this is not my work. i simply copy from someone else FB note's.

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu..